Demam Kora :(

lemau lemau lemaaau...huhuh..hari ni dh hari ketiga aku domam..lebih tepat lagi aku panggil demam kura pasal siang ok sket ler, pening2 lalat g2 jer, tp bila mai mlm, haa,strat laa..seram sejuk rasa badan nie...mcm hari ni, aku rasa tak bertenaga sangatlaa..dok melayan Umar ja, kerja rumah tak buat per kecuali kemas dapur..ntah, tak larat laar..adoilaa..aku kesian ler kat anak kecik ni kalo aku berterusan demam ni,yerla tumpuan aku kat dia pun of kos ler tak dpt nak seratus peratus.mcm tadi, kesian dia..aku nak tidurkan dia, aleh2 aku yg tertidor, n bila aku jaga, dia still tak tidor lagi, tp dia tak teriak la, dok main sorang2 dia..bila aku check2,ooo..pampersnya ada 'isi' patutla dia takleh tidoq..haa.tu 1 yg aku lalai la tu..biasanya bab2 lampin dia ni aku jaga btul, tp hr ni sbb tak fokus, leh miss lak..hmm..siaan anak ummi..n tepat sekali, lepas ja aku tukar lampin dia, teruus dia boleh tidor dengan nyenyaknya...UmarRayyan Umar Rayyan... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengalaman baru :)

hahah..hari ni utk pertama kalinyer, aku berpengalaman memasak nasi goreng dengan menggunakan sebelah tangan..bkn sebab apa tau tapi terpaksa pasal sebelah tangan lagi aku terpaksa mengendong awang kecik aku ni..almaklumler, dia dah aku siapkan-mandi,bg pakai smart2,bg makan,so supposenyer nak tido ler..tp take time lak die nak tido ni,mcm biasa la..yg umminyer ni dh lapor,yer r, dh tghari kaan..so, aku decide for today masak nasi goreng jer..aku pn tinggalkan UmarRayyan (MUR) di ruang tamu.tp,baaru jer aku lepas tumis cili,dia pn mula 'start engine' dia nak teriak la tu. so,dh tgh menumis tu kan,takkan nak berenti plak, terpaksa ler aku angkat n bwk MUR masuk dapur, masak bersama-sama ummi :) lengoh doo, 7kg tau my bb boy ni,sebelah tgn lagi dok mengacau,mmg b4 nk leh mkn pn bnyok chobaanya..tp alhamdulillah, jadik nasi goreng aku..well 'chef' tak bertauliah la katakan, main campak2 jer tu..sodap plak. so, mcm biasalah, aku nak share gak resepi ns goreng sempoi ni kat cni, cb try ler, sodap! ;)

Nasi Goreng Sempoi

ikan bilis (lg banyak lagi sodap,gn bilis yg besar dn nipis tu)

minyak utk menggoreng
nasi 1mangkuk
cili blend 2sudu
bawang besar 1 labu (boh bawang besar,mannih)
telur
garam
perasa ckiiit ;)

cara2

goreng bilis dulu, then angkat
then,gn minyak yg sama(kalo bnyak sgt minyak tu, buang sket, biar ngam2 jer utk menumih),tumih bawang. then, masukkan cili blend, goreng bg garing. then, masukkan nasi.kacau ler. then perasakan, lepas dh ckup rasa semua, pecahkan telur,biar garing sket telur tu dan kacau bersama nasi. then, last sekali masukkan lr bilis td.kalo ada sayur kobis ker, leh masukkan jg. tp semenjak i nyusu anak ni, i dah tak mkn kobis,pantang katanya utk bb.

ok thats all, cb try noo..simple jer, tapi, sodap! ;) well kalo nak tau, ituler tagline dapurku: simple tapi sodap! bak kata hubby ku :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayam Goreng Santan Berlada

Well well well..now i'm back in the blogging world..hihi..setelah sekian lama menyepi dr arena ini, almaklumla, beranak, pastu berpantang, pastu bz menguruskan my cute little boy..so now i am..mmg dok teringat2 nak update blog ni, tp tu laa..dari sehari ke sehari,masa berlalu cukup pantas...being a new mom aku akui, mmg tiring...almost all of the time engage wif the baby..then bila dia tidor ler baru bergelut dgn masa nak buat itu ini..so really2 have to find mood to be back in front of this computer..so, seems that my baby pun dah 3months old lebih ni, i pn dah mcm leh adjust my time, so here i am now..
for a start, let me share wif u, my new receipe that i create on my own that is Ayam Goreng Santan Berlada..its just accidently that i try this meal last weken,n my hubby like it very much, so, better i share it here for those who wanna try, esp to menno!heheh

Ayam Goreng Santan Berlada

Bahan2

ayam
garam
kunyit

cili hidup
cili padi
belacan

santan

pak aji ckit je ;)

cara membuat:

Ayam digoreng terlebih dahulu dan diangkat

amik sedikit minyak drpd gorengan ayam tadi, dan tumis bawang merah dan bawang putih
bila dan naik bau, tumis cili hidup cili pasi dan belacan yg telah ditumbuk bersam.
bila dah garing, masukkan santan. then masukkan ler ayam goreng tadi, dan kacau hingga pekat.

#sukatan bahan2, agak2 pandai sendiri lah yer :)

selamat mencuba :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muhammad Ummar Rayyan B Mohamad Aslam


Alhamdulillah anak kami selamat dilahirkan pada 24/10/2009 jam 11.17 pg. sihat tau 4.16 kg!! Doakan mummy and baby selamat k:) Ni gmbar baby n video

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Puding Buah

Ha, ni laaagi 1 resepi yg aku baaru dpt masa aku g beraya hari tu..kakak tu ada sediakan puding buah, sedap ler, hubby i pn bertambah2 mknnyer..hmm..dh tgk die suke ngat tu, aku pn ringankn ler mulut tnya resepi. so ni ler resepi yg die bg, yg aku agak ingat2 lupa laa tp takpa, ptg ni mmg plan nak buat pun, nanti leh tgk jd ker tak..semalam dh g ronda tunas manja carik bahan, so ptg ni leh ler jamu my hubby utk minum ptg..mm..mkn puding cejuk cejuuuk d ptg hari, dap nyerr :) k, ni resepi yg akak tu bg yer..

Puding Fruit Cocktail

1 paket agar2 37.5gm
18 cawan air
2 tin susu cair
1 1/2 tin susu pekat
1 tin fruit cocktai

Cara-cara

Agar2 di masak bersama air sehingga larut kesemuanya, kemudian, masukkan susu cair dan susu pekat, kacau sehingga sebati . sejukkan.

apabila mahu makan, keluarkan dari freezer, dan tuangkan fruit cocktail di atasnya. sedia utk dimakan.

Jadi, marilah kita sama2 mencuba! ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Pizza-base

Salam ;)

skng tgh dok online sambil tgk rancangan Apa Kata Wanita di Tv1. ada slot resepi n die share resepi buat pizza. aku tak larat nak bangun amik pen n kertas so, aku taip selalu r kat cni, dpt gak share dgn viewers yg lain, tak g2 :)

Pizza Doh

350g tepung gandum
1paket yis
1 sd besar olive oil
1 sd teh garam
250ml air suam

Campurkan semua, dan uli sehingga menjadi doh. Biarkan doh sehingga 2 jam sebelum di canai dan di letakkan toping.

resepi topping takler plak di share tp logically, aku rasa kita letak jerla apa yg kita rasa nak letak kan, sosej, sos n etc..kalo susah sgt kiter search jer kat internet resepi utk topping plak,ok.

So, nanti kiter sesamer cuber la yer..kat umah ni semua ada dh bahan2 ni kecuali yis tu jer ler..k, lah, nanti i cuba try.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya Raya Rayaa :)












Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini...tanggal 20092009, semua umat Islam di Malaysia khususnya meraikan Aidilfitri yang mulia...dan bagi aku, sambutan pada tahun ini adalah yang pertama kalinya aku menyambut bersama suami dan ibu bapa mertuaku...dan pertama kali juga aku tidak pulang ke Teratak Desa bagi meraikan bersama keluarga di kampung..semuanya disebabkan keadaan aku yg sedang sarat mengandungkan anak sulung...due ada lebih kurang sebulan lagi tetapi aku rasa sudah tidak mampu untuk menempuh perjalanan yang panjang. Tempoh perjalanan dari Terengganu ke Kedah tu lebih kurang 10-12jam jugak tambahan pulak dengan traffic jam lagi, mau delay lagi..hmm..bcoz of that lah kami decide tahun ni biarlah kami beraya diperantauan, its an experience anyway...

hmm...sedih,memanglah sedih...bayangkan pada pagi hari raya pertama tu, keadaan di taman perumahan kami begitu hening dan sunyiii sekali...semua jiran tetangga pulang ke kampung masing2..hanya rumah kami yg terbuka pintu menantikan mungkin ada budak2 yg datang beraya, tetapi hingga ke tengahari tiada ucapan 'Assalamualaikum' daripada sesiapapun jua...kira pertama kalilah terasa begitu relax pada pagi hari raya ;)

jadi pada pagi itu, selepas solat Aidilfitri, kami isikan masa dengan sesi bersalaman, bermaafan sesama kami suami isteri dan kedua ibu bapa mertuaku..kami juga mengabadikan gambar kenangan bersama sama..kemudian, sama sama kami menikmati juadah raya yg telah disediakan..

Alhamdulillah, walaupun diperantauan, dapat jugak merasa juadah dari utara...terima kasih tidak terhingga kepada mak dan abah yg sudi dtg dari jauh utk beraya bersama kami anak dan menantunya di Kemaman nie...mak menyediakan ketupat dan gulai yg sedap, manakala air tangan ku sendiri yg ku cuba buat utk kali pertamanya ialah -rendang tok, dan nasi impit! hmm..marvellous, jadik! ;) nak resepi? haa..nanti lah bila2 aku post kat cni ek, cubala, sedap tau!

then, lepas dah menjamu selera, mulalah agenda kami pulak g beraya dah alang2 takder org dtg beraya ke umah kami pn pg tue..destinasi pertama ke rumah anak buah ku, pok sh, then ptg ke umah wana n then ke umah Ustaz Osama..hmm..kira penuh jugakla agenda kami pada raya pertama nie.. kira ok la jgk beraya kat cni.. :)

raya kedua, aku pulak cbuk pasal anak buah aku plak nak dtg beraya, so utk hr ni aku cuba sediakan mee kari nyonya-pun jadik! Alhamdulillah, laku mee aku tue :) tp aduuh...letih sekali aku rasa hari ni menyediakan juadah..kesimpulannya aku bgtau my hubby yg aku tak larat dh nak masak2 jemput org ni, letiiih sgt dah pasal tgh sarat ni laa...n, mlmnya, kami ke Kuantan, hantar mak n abah pulang ke kedah dengan menaiki bas utama superior coach, cantik bas tu! selesalah mak dan abah menempuh perjalanan malam tue.. :) tetapi jaauh di sudut hati aku ada terselit rasa sedih mak dan abah dah balik..kembalilah tinggal kami berdua shj di perantauan nie..ai, ni yg tak sabarnya nak tunggu baby kuar main2 dgn ummi and abi nie...

raya ketiga, not much activity..pg g klinik kesihatan wat normal checkup, alhamdulillah, Hb 14.1, gula pn ok..so next2 weken wat follow up checkup at KMC je la plak (37th weeks).. then, lepas g klinik tu, kami g singah beraya di umah kawan hubby..so, hari ni 1 rumah jer la kami beraya..lepas tu terus balik umah, berehat..

so here, i attached lah gambar kami beraya buat pertama kalinya ni di perantauan ok :)

last but not least- Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS