Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini...tanggal 20092009, semua umat Islam di Malaysia khususnya meraikan Aidilfitri yang mulia...dan bagi aku, sambutan pada tahun ini adalah yang pertama kalinya aku menyambut bersama suami dan ibu bapa mertuaku...dan pertama kali juga aku tidak pulang ke Teratak Desa bagi meraikan bersama keluarga di kampung..semuanya disebabkan keadaan aku yg sedang sarat mengandungkan anak sulung...due ada lebih kurang sebulan lagi tetapi aku rasa sudah tidak mampu untuk menempuh perjalanan yang panjang. Tempoh perjalanan dari Terengganu ke Kedah tu lebih kurang 10-12jam jugak tambahan pulak dengan traffic jam lagi, mau delay lagi..hmm..bcoz of that lah kami decide tahun ni biarlah kami beraya diperantauan, its an experience anyway...
hmm...sedih,memanglah sedih...bayangkan pada pagi hari raya pertama tu, keadaan di taman perumahan kami begitu hening dan sunyiii sekali...semua jiran tetangga pulang ke kampung masing2..hanya rumah kami yg terbuka pintu menantikan mungkin ada budak2 yg datang beraya, tetapi hingga ke tengahari tiada ucapan 'Assalamualaikum' daripada sesiapapun jua...kira pertama kalilah terasa begitu relax pada pagi hari raya ;)
jadi pada pagi itu, selepas solat Aidilfitri, kami isikan masa dengan sesi bersalaman, bermaafan sesama kami suami isteri dan kedua ibu bapa mertuaku..kami juga mengabadikan gambar kenangan bersama sama..kemudian, sama sama kami menikmati juadah raya yg telah disediakan..
Alhamdulillah, walaupun diperantauan, dapat jugak merasa juadah dari utara...terima kasih tidak terhingga kepada mak dan abah yg sudi dtg dari jauh utk beraya bersama kami anak dan menantunya di Kemaman nie...mak menyediakan ketupat dan gulai yg sedap, manakala air tangan ku sendiri yg ku cuba buat utk kali pertamanya ialah -rendang tok, dan nasi impit! hmm..marvellous, jadik! ;) nak resepi? haa..nanti lah bila2 aku post kat cni ek, cubala, sedap tau!
then, lepas dah menjamu selera, mulalah agenda kami pulak g beraya dah alang2 takder org dtg beraya ke umah kami pn pg tue..destinasi pertama ke rumah anak buah ku, pok sh, then ptg ke umah wana n then ke umah Ustaz Osama..hmm..kira penuh jugakla agenda kami pada raya pertama nie.. kira ok la jgk beraya kat cni.. :)
raya kedua, aku pulak cbuk pasal anak buah aku plak nak dtg beraya, so utk hr ni aku cuba sediakan mee kari nyonya-pun jadik! Alhamdulillah, laku mee aku tue :) tp aduuh...letih sekali aku rasa hari ni menyediakan juadah..kesimpulannya aku bgtau my hubby yg aku tak larat dh nak masak2 jemput org ni, letiiih sgt dah pasal tgh sarat ni laa...n, mlmnya, kami ke Kuantan, hantar mak n abah pulang ke kedah dengan menaiki bas utama superior coach, cantik bas tu! selesalah mak dan abah menempuh perjalanan malam tue.. :) tetapi jaauh di sudut hati aku ada terselit rasa sedih mak dan abah dah balik..kembalilah tinggal kami berdua shj di perantauan nie..ai, ni yg tak sabarnya nak tunggu baby kuar main2 dgn ummi and abi nie...
raya ketiga, not much activity..pg g klinik kesihatan wat normal checkup, alhamdulillah, Hb 14.1, gula pn ok..so next2 weken wat follow up checkup at KMC je la plak (37th weeks).. then, lepas g klinik tu, kami g singah beraya di umah kawan hubby..so, hari ni 1 rumah jer la kami beraya..lepas tu terus balik umah, berehat..
so here, i attached lah gambar kami beraya buat pertama kalinya ni di perantauan ok :)
last but not least- Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin :)