Ramadhan & Nuzul Al-Quran


'Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada
Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.'


Hmm..semalam Kuantan dan Terengganu, cuti sempena Nuzul Quran...Alhamdulillah, dptlah, dlm 2minggu berturut2 ni, spent 3 hari cuti bersama2 my hubby...last week cuti isnin sebab merdeka day :) bkn apa..selalu tu, km dpt cuti bersama di hujung minggu tu sehari shj iaitu hari sabtu disebabkan cuti hujung minggu kami yg berbeza...yerla dh sorang kijo kat terengganu, sorang lagi kijo kat kuantan...redho jerlaah..syukur dgn apa yg ada :)


So, ketibaan Nuzul Quran kali ni, seperti biasa, kami suami isteri bertaddarus di rumah..suami pergi ke masjid menunaikan solat terawih dahulu, aku di rumah sahaja sebab keadaan aku yg dah sarat skng nie.. dan sekembalinya dari masjid, kami betaddarus bersama2 sebelum sama2 bermoreh! ;) hmm..begitulah lebih kurang aktiviti kami pd mlm2 ramadhan..alhamdulillah, berkat usaha kami konsisten bertaddarus sejak dari malam pertama ramadhan, w/pun ada jugak mlm2 yg kami terskip dek kerana keletihan dengan aktiviti di siang hari, esp masa hari bekerja..tp up to now, kami dah berjaya membaca continously sehingga ke juzuk 17 dah..kalo ikut perkiraan tu, km ni dh terketinggalan 1 juzuk la pasal sepatutnya hari ini dh hari yg ke-18 kaan..hmm takper, usaha akan terus dilipatgandakan..insyaALLAH hasrat kami utk khatam dlm bulan puasa tahun ni akan terlaksana..memandangkan aku mmg 'takder' cuti langsung ramadhan kali ni, jadi inilah peluang utk menjayakannya..yakin boleh bang! Chaiyo' chaiyo'! :)


Alhamdulillaah...tahun ni, pertama kali lah kiranya km menyambut ramadhan bersama sama sebagai suami isteri...kalau diimbas kenangan aku mengimarahkan ramadhan pada tahun lepas, aku berseorangan shj berbuka dan berterawih di masjid klcc tue..sampaikan aku yg mmg tak pernah lalu utk makan bubur lambuk dek kerana tekstur nya yg pada pandangan mata aku ni agak 'mengerikan', ttp 'pentarbiyahan' indirect yg aku terima sepanjang hampir sebulan aku bertamu di masjid klcc utk berbuka tu, menjadikan aku rindu dan teringin pulak dengan rasa bubur lambuk masjid klcc pd tahun ni! tp..di terengganu ni, manalah nak aku cari juadah itu untuk berbuka...ada, ya mmg lah ada tp yg terengganu version punya, hmm...much more 'scary' dr yg kl version punya, penuh dgn ulam ulaman,so, mmg aku tak lalu ler.. :p jadi, apo solutionnya? aku ni kan ibu ngandung ni, kira jatuh tahap ngidam jugok la kaan..so, apa laagi, terpaksala aku menggunakan skill memasak ku-aku cr resepi kat internet, n aku try ler masak sendiri, alhamdulillah, jadik! malah, hubby aku komen, jaauh lebih sodap dr yg kat kg. baru tu punya!heheh..mcm le cik abe i tu pnh rasa bubur lambuk kg. baru tu kaan, tp biassa r, hubby i tu mmg pandai btui cara nak amik hati i nie :) :) so takpa, nanti aku post kat cni resepi yg aku try buat tu, n u all bleh la try sebab mmg jadik tau kalo buat btui2 ikut resepi,k :)


Well, actually, bkn dlm post ni aku nak cerita pasal sedapnya makanan or resepi..act, aku nak share which is berkaitan jugakla dgn tajuk post ni Ramadhan & Nuzul Quran kaan..is about, kebahagiaan menyambut Ramadhan kali ini sebagai seorang isteri...meemang terasa ke'best'annya.. :) menyiapkan hidangan berbuka, moreh, sahur utk suami tercinta, hmm..perasaan bahagia itu tak dapat digambarkan dgn kata2 esp setiap kali tgk hubby berselera menjamah hidangan yg aku sendiri sediakan...Selain itu, dapat bersama2 mengimarahkan Ramadhan dengan berterawih bersama2, berQiam bersama2, bertaddarus bersama2, meemang sungguh asyik sekali nikmat kehidupan berumahtangga yg ALLAH kurniakan...


so, to all viewers out there yg masih single mingle lg, cepat2 la berusaha ke arah mendirikan rumahtangga yg sakiinah, yg diberkati dn diredhai ALLAH agar hidup kita aman dan tenteram berkat kita meneruskan sunnah Rasulullah S.A.W...juga ketahuilah peluang untuk kita mengumpulkan pahala sangatlah banyak dalam sebuah institusi yang dinamakan 'Rumahtangga' ini... :)


Sekadar sebuah perkongsian moga ada kebaikan, amiin... :)


Regards,

NIArania ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS