Tobat xmau buat camni daahh..
Pasca Kelahiran MRW ~ Part 1
Setelah bermati-matian bertarung nyawa melahirkan, aku diuji lg dgn kejadian lekat uri yaa..tp alhamdulillah,berjaya ditangani dgn baik oleh Dr.Sue yg pakar itu..Sampai ke lengan die aku nampak darah..Scary! :p dan sehigga kini (malam) aku masih belum berpeluang menatap bayiku itu..Aku dimaklumkan yang bb ada masalah pernafasan dn perlu dilakukan rawatan ke atasnya terlebih dahulu.Masalah itu berlaku kerana agak lama berada di dalam perut dgn keadaan air mentuban yg bocor..dan yg lebih memilukan,aku belum dapat lg memberikan susu badan secara terus kpd bb berikutan masalah tersebut..bb dimasukkan ke dalam incubator dan diberikan drip..
Pada 29hbMei2011,barulah aku dapat pertama kalinya mengendong bayiku dan memberikan susu secara direct kepadanya..Tetapi untuk permulaan,bb tidak mahu menyusu drpd badan..dia seakan tidak pandai nk menghisap puting...sedih sungguh rasa hati ni hnya Allah yg tahu..dh la aku rasa bb ku ini keciil sekali (padahal beratnya ok dh..),sbb pngalaman aku dgn Umar yg masa lahirnya dulu 4.2kg,pasti terasa benar perbezaannya..
Pada pg itu juga abah dan mak mentuaku tiba dr kampong..sungguh aku berterima kasih kpd mereka yg sanggup dtg utk bersama-sama kami melalui saat membahagiakan ini..
..................................................
Ptg 29Mei2011
Saat memilukan bg aku yg harus balik sendirian tnpa bayi yg dilahirkan...terasa xmahu meninggalkan bb di nursery tetapi itulah yg terbaik utk dia buat saat ini kerana dia perlu mndapatkan antibiotic bg mengatasi masalah paru2nya itu sehingga 5hari..namun syukur juga kerana pd hari ini bb sudah boleh dipindahkan ke katil bb,tidak perlu lg di dalam incubator dn drip juga di hentikan kerana dia sudah minum susu ibu walaupun melalui botol...sebelum km pulang,abi sempat ke Mega mall utk mmbeli pampers dan napkin buat bekalan bb yg dijangka akn berada lg 3hari di hospital..dn aku juga telah membekalkan bekalan susu kepada nursery...
Maka,pulanglah kami setelah 4hari berkampung di KMC..tp ku rasakan ada hikmahnya ats segala yg berlaku..bb tak balik sekali dgn aku maksudnya memberi kebaikan untuk si abang Umar,kira mcm bg time la utk dia adjust..aku pulak,dptla berehat cdgnya selama bb tiada ni..
Pasca Kelahiran MRW ~ Part2
Tp keesokan hrnya,pihak hospital telefon dn meminta aku dtg ke hospital bg menyusukan bb secara direct jika mahu bb speed up the recovery, disamping bekalan susu juga sudah habis..waah,salah budget la aku bg stock susu,almaklumla takdak pngalamaaan..hmm..tp nk kena travel semula..aduuh,gimana mau rehat..so travellah km semula ke KMC,km smpai pn dh tghari,bimbang sungguh ht takut bb kelaparan..
Km berada di sana sehingga malam baarulah km bgerak pulang..aku yg mmg takmau blk awal krn nk duduk bersama2 bb..
Sampai di rumah pn dh lewat malam..aduh,letih sungguh badan...
31Mei2011
Hari ni,aku menerima panggilan lg dari nursery KMC mamaklumkan yg bekalan susu hampir habis..ahh,gawat..gimana siih...mna mungkin aku dpat berulang alik ke KMC saban hr..bkn sbb takmau pergi tp sebab abi hr ni dh mula kembali bekerja..
Tp Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan,member pertolongan melalui P.Sh, bekas anak buahku yg bekerja satu ofis di Kuantan dulu..Syukuur,masalah dpt diselesaikan..utk bekalan susu esok dn lusa,P.Sh telah menyatakan kesediaannya membantu menghantarkan susu ke KMC..Aku sgt2 menghargai bantuan P.Sh yg sungguh tidak ternilai ini...
1 Jun 2011
Hari yg ditunggu2 telah tiba..hari utk kami membawa pulang ahli keluarga km yg baru.. Wow,sgt excited! ;)
Tetapi,km hnya boleh bergerak ke sana setelah abinya pulang dr kerja..so,mmg malam jugalah km sampai di sana..sebelum nk g amik bb,km makan dulu di restoran mamak yg berhampiran..aku lak teringiin nk mkn air kelapa,so dgn tak berfikir apa,aku order dn minum shjlah air kelapa yg sedap itu...minum plak dpn mak mentua sy yer,huhu,xtaula ape yg akan difikirkannye yer-xpantang ke? Hihi..
Haa,bab pantang2 ni nnti lain posting i citer.."wink2"
Tak sabar nak abiskan siri Kelahiran MRW ni pnya cerita ni..pnyala pjg kaan..alaa kasik chance laa..sbb meeemang dh laama sgt berhasrat nk menulih ttg pengalaman yg sntiasa segar diingatan ni..haa,ni dh tulis,so takla bebankan fikiran sgt nk mengingat all those peristiwa dan fakta dh lepas ni,hihi...
Ok,bl dh setel semua,aku naiklah utk mengambil bb..alhamdulillah,semuanya berjalan lancar..sehinggalah apabila naik ke kereta..Umar laah..!Pertama kali aku menyusukan bb di depan dia dlm kereta tu,dia menangis! Haah,sudah! Nasib ada mak mentua yg duduk di hadapan,akhirnya,mak pegang the newborn bb,Umar dok dgn Ummi laa..huhu...the new challenge strt tonight! :p Welcome our new member!
Lain posting nnti i citer aperkah cabaran2 hebat yg diterima dgn kehadiran org baru yerr..as for now,cube layan jer dulu gambor2 menarik yg berkaitan dgn entri kali ni,ok.
Detik Kelahiran MRW ~ Part 3
Dan keputusanku adalah,terus mencuba-drip induce! Dgn sokongan,dan iringan doa suami,aku ditolak menaiki kerusi roda ke bilik bersalin pd pukul 12tghari...Suami tggu diluar bersama Umar..Telah kupesan pd abi utk menguruskan makan minum Umar utk tghari itu..oo ya,aku?tidaak,aku sudah tidak mkn..breakfast td pun hnya mkn yg ringaan,aduuhh..
Tp syukur Alhamdulillah,sikap ku yg vocal,suka brtanya dan seek info telah menyelamatkan aku drpd merasai kesakitan kontraksi yg maha hebat. Tdk semena2,mulutku meluahkan pd misi yg aku nak EPIDURAL! Waah,mcmla aku tau sgt seperti apa ya rasanya epidural itu,hihi..dgn segera misi yg menyiapkan aku pd ketika itu menelefon pakar bius utk melakukan proses EPIDURAL,ya,cucuk tulang belakang okkey! ;)
Alhamdulillah,everything goes smooth.Memang benar2 pakar laa,Dr Firdaus kalau tak silap namanya..kalo Dr yg bius aku masa bersalin Umar dulu mmg aku ingat sgt,Dr Ameeruddin (bius kerana kna cezer),huhu..
Masa Dr.melakukan proses bius tu, spt biasa mulut aku masih pot pet2 bertnya itu ini,dn antara persoalan yg mmg masih sgr diingatan yg aku tnyakan pd Dr ialah pertnyaan ini " Docter,sy nk tnya laa..knapa ya,jika epidural ini dpt mnghilangkan rasa sakit bersalin,kenapa tidak semua ibu2 memilih utk amik epidural?"haa,itulah bnyi soalanku itu,hihi..yeah,dn Docter pn menjawab.."hmm..knapa ya..kna tnya mereka la knapa mereka takmau" loor..tp Dr. Menyambung lagi.."satunya mungkin sebab kos..yg keduanya sbb mind set bahawa apa2 prosedur yg melibatkan tulang belakang ni merbahaya, dn yg ketiganya ada risiko epidural tidak berjaya!" Mak aii,jawapan yg akhir tu yg buat aku seram sejuk la jgk..tp Alhamdulillah,mcm aku kata,mmg yg attend to me is Dr.Pakar bius,so,mmg berjaya tnpa aku ada merasa sdikit pn kesakitan melalui proses epidural tu,Alhamdulillah yaALLAH...(lepas ni insyaALLAH,nk amik epidural lg,hihi)
Setelah selesai segala kelengkapan dgn segala mcm wayar di pasang ditangan ku hingga ke belakangku ini..Dr.Sue pn masuk,check jalan..waktu tu dlm pkul 1pm..dn Alhamdulillah,ubat drip tu bertindak cepat..bukaan telah mencapai 3cm..Dr Su mengkhabarkan berita itu dgn senyuman..bermakna induced mula menampakkan kejayaan...aku pula mengucapkan syukur dan terus menunggu sambil membaca maathurat..buku cerita yg tebal pn ada aku letakkan disisi,huhu..almaklumla,penantian 1 penyiksaan,hihi..aku kelaparan..air juga hnya boleh minum sdikit sdikit shj..itu pn sbb sblm itu badanku mnggeletar,jd dr.Sue sajeskan beri aku air suam,dn mmg berhasil..dan midwife yg bertugas pd ketika itu ialah Ms.Letchumi,adoilaa!nk wat lagumana kn dh darurat,relakan ajer lerr..
Hmm,dlm pkul 3pm mcmtu,Dr.Sue dtg lg check dan jalan sudah terbuka 7cm! Wow, sgt cepat! Alhamdulillah..aku cpt2 telefon hubby dan memaklumkan akn perkembangan terkini itu..dan tak lama kemudian,dlm pkul 3.30-3.45 mcmtu,Dr.Sue dtg,chck jalan dan memaklumkan yg aku sudah boleh bersedia untuk bersalin kerana bukaan telah mencapai 10cm! masyaALLAH,cepatnya.aku siap boleh tnya docter lg,sudah 10cm ker?huhu..bdebaq weih! Aku siap boleh mtk tggu lg dr doc,kate nk tepon husband jap..n aku telefon suamiku..tak lm,suamiku masuk dan berada di sisiku,tp tak boleh lama kerana Umar ditinggalkn bersendirian di dlam bilik wad..aku merelakan suamiku berlalu pergi demi keselamatan Umar..mka bertarunglah aku untuk melahirkan anak kedua kami ini...dengan bertemankan DR.Sue,midwife dan seorang lg misi..
.........................................................
Saat yg mencemaskan hadir jua..aku rasakan seperti aku tidak pandai nk meneran..aduuh..ya ALLAH...dlm pd itu ada 2 kebimbangan utama aku..pertama aku bimbang kalau anak lemas didalam kandungan dek kerana kesilapan teknikku meneran,dn yg kedua aku bimbang akan ditolak ke bilik bedah jika tidak berjaya meneran.. wana'uzubillah... ya,boleh aku kategorikan, ada 2fasa dlm proses bersalin ni..pd fasa pertama bila Dr. kata sudah boleh bersedia, means tu ms utk kita mula prektis meneran..ambik rentak...then masuk fasa kedua bila kontaksi maha tinggi (Dr yg akan maklumkan pasal epidural,mna nk rasa sakit apa),time tulah terus puuuush,puuush dn push!ya 3xpush, Alhamdulillah,dgn laungan ALLAHUAKBAR! (suamiku kata dengar launganku sampai keluar bilik,,huhu) Anak lelakiku dgn berat 2.8kg berjaya dikeluarkan pd jam 4.45pm,hr Jumaat, 27 Mei 2011! aku menangis kegembiraan!hanya Allah yg tau bagaimana rasa 'kemenangannya' kerana berjaya membawa satu lagi nyawa ke dunia.. (dalam pd aku dok push fasa pertama td,aku msh boleh mendengar dgn jelas suara Umar yg berada diluar bilik bersalin :p)
Detik Kelahiran MRW ~ Part2
My sohibi, Nazriyah! Tq fren for always b there :)
Malam itu..Sahabatku Nazriyah dtg menziarahi kami di hospital..Sangat berterima kasih kepada sahabatku ini yg sentiasa ada di saat aku memerlukan..Semoga Allah jualah yg membalas kebaikanmu ya Sohibi J dia dtg dgn brgan keperluan yg kupesan dan juga sekatun air minuman yg cadangnya utk kegunaan kami kerana hospital KMC sudah 2-3 hr terputus bekalan air! Dan malangnya bkn shj KMC,tetapi seluruh Kuantan! Jam! Aku msh ingat lagi,time tu,Umar yg sblm itu tertidur keletihan turut bangun dn makan mee goreng mamak bersama umminya sambil ditemani Aunty Naz..Then,Naz pn balik..aku pn bersiap utk tidur sambil ht berdebar menunggu tibanya saat sakit utk bersalin..dh,td ptg kan dh induce,i expect,sakitlaa..huhu..
Tp Alhamdulillah,sampai ke pagi takderla sakit giler,ader la sakit sket2 camtu jer sekali sekala,very mild..n Alhamdulillah jugak,by midnite tu,bekalan air dh kembali semula,syukuurr...
So,pg esoknye, hr Khamis,around pukul 9 mcm tu,Dr.Sue mai jenguk lg tnye per cer? Aku kate la tak sakit sgt pn lg,n dr check jalan mmg around 1 cm camtu jer,so pg tu aku diinduced lagi...so sepanjang hr tu aku dok lepak atas katil jer,doc tak bg jalan bnyak2 takut air keluar lg bnyak...
Dn Alhamdulillah jugak pd hr ni km dapat bertukar ke bilik VIP,single room..syukurr...yerlaa,km kan 3beranak berkampung kat hospital ni..jd bila dpt bilik sorang ni,mmg selesa la utk km..toto semua bawak dh..
Petangnya,Docter mai check semula,aku still takdak rasa apa apa pn lg sakit yg teruk..doc dh 'kompius',hihi..kompius actually not the right word la kan as she is the pakar..cm dia kata becoz of my previous delivery is cezer,so practically induce can only be given once within 24hours..but in my case,already gave 2dos of induce from 6pm the day before till 6pm another day n yet still no contraction!huh,benar2 power badan aku nih!kikiki...so doctor,ats budi bicara dan kepakarannya meminta persetujuan aku untuk diberikan induced yg terakhir ni dan jika masih tidak berjaya,tidak ada jalan lain melainkan cezer lah jugak..masyaALLAH..mmg aku berdoa jerlah dlm ht agar sesuatu berlaku dgn induced yg ketiga itu...syarat induced yg ketiga tu berjaya bila ada contraction dan pintu rahim terbuka 2cm dn lebih...jd ptg itu aku diinduced utk kali yg terakhirnya...
Malam itu,sekali lagi,my sohibi menziarahi aku dek kerana aku tak sempat membalas sms nya pd siang hr,jd dia ingat aku dah beranak,sbb tu dia dtg menjenguk..ooh,sungguh aku menghargai akan keprihatinan kawanku yg seorang ni..kaulah satu-satunya yg aku ada di Kuantan ni Naz,terima kasih sgt2..dlm keadaan dia yg juga sdg berbadan dua, sanggup dtg dr rumahnya yg tidaklah begitu dkt dgn Bandar,berseorangan ke hospital pd malam hari..mmg aku begitu tersentuh dgn keikhlasanmu sohibi J
Dan,sebaik pulang shj Naz,mula lah aku merasa kontraksi perutku..sakiiit!tp sekejap dia ok...then rilex jaap...then sakit semula..jd aku tidur awal pd mlm tu utk melupakan kesakitan...Umar tidur dibawah dgn abinya..syukur Alhamdulillah,anak sulungku ini tidak langsung meragam atau memeningkan kepala..sungguh aku syukur pada Mu ya Allah mengurniakan anak yg tidak bnyak karenah...senang sekali menjaga Umar..dan begitulah juga adiknya J
Ok,jd malam jumaat itulah malamnya..malam penentuan kpd sebuah keputusan penting-normal atau bedah! Ya Allah...sakitnya kontraksi,mmg tak dpt nk di gambarkan..sepanjang malam aku bertahan,menangis menahan kesakitan dgn suami ku yg turut bersama mnghulurkan bantuan dgn urutan...sehinggalah pada pukul 5pg,aku sudah tidak tahan..mujur midwife yg bertugas pd masa itu mmg telah menjadi kenalanku,Lin namanya..dia kupanggil utk minta diberikan ubat penahan sakit yg dicucuk di punggung..ntah apa namanya,aku dh tak ingat..Ya,cucuk shjlah Lin,sakit spt dh tak tertanggung lg daah di dinihari tu..sebelum dicucuk,'jalan' di check,dan katanya,sudah mencapai 2cm tetapi 2cm yg msh keras..hmm..aku tak faham,tp terima kasih atas ubatnya,dptla aku tidur lena pg tu..lena aku tidur dan perutku 'bebas' kontraksi sehingga ke pukul 10pg..dlm pkul 11mcm tu,Dr.Sue dtg check semula 'jalan'nya..ya,spt yg dikatakan midwife td,sudah terbuka 2cm tp masih keras..aku mtk dokter menerangkan apakah maksudnya..Dr. kata,kes begini jika diberikan drip pn (sejenis lagi induce yg maha kuat) biasanya tidak berjaya dan bakal berakhir dgn pembedahan juga...Allahuakbar..tetapi Walaubagaimanapun, Dr tetap memberi peluang dn kata putus pd ku adakah mahu terus mencuba atau langsung ke bilik bedah? Ooh,tidaak..spt yg telah aku setkan diminda ku,kali ni,apa jadi pun pasti akan di cuba dahulu seeemua cara utk bersalin normal dn jika habis ikhtiar,barulah pembedahan yg merupakan pilihan yg terakhir...
Detik Kelahiran MRW on Mei 2011~Part 1
Alhamdulillah,sepanjang kehamilan kedua ni aku mmg tidak mengalami apa apa masalah, sama seperti kehamilan ku yg pertama..Syukur pd Allah yg memberikan aku kemudahan ini...
Mengikut EDD, aku akan melahirkan pd 8/6/2011..namun pada hr Rabu, 25/5/2011, air ketubanku telah BOCOR..bocor ya,bkn pecah...masih jelas lg diingatanku pd hari kejadian,pd pg jam lbh kurang pukul 10.30pg,seperti biasa,aku sedang 'sibuk' di depan pc ini..tiba2 aku rasakan yg seluarku basah..lma kelamaan kerusi yg kududuki juga basah..aku menjadi hairan..adakah masa kelahiran telah tiba kerana tiada kesakitan yg aku rasakan..jd org pertama yg aku rujuk utk bertanya pd ketika itu adalah sahabat sejatiku, Nazriyah.. aku sms bertanyakan padanya tentang apa yg aku alami ni..pd mulanya aku amik sikap utk tdk mengendahkan..tetapi atas nasihat Naz, aku berubah fikiran utk menuruti nasihatnya agar ke hospital..di samping, aku juga mengingati pesanan Dr.Sue, pakar sakit puan yg merawat aku sepanjang kehamilan ini, bahawa jika ada apa apa shj discharge yg keluar diakhir tempoh kehamilan, segeralah ke hospital..aku pn menelefon suamiku memaklumkan kepadanya dan dia pun segera pulang.. perjalanan dr pejabatnya memakan ms hampir 1 jam juga jd aku sempatla menyiapkan apa yg patut..Umar pn bgn awal pd pg tu, mcm tau2 saja..jd aku sempat menyiapkan anak sulung ku itu..beg2 hospital mmg telah lm aku siapkan,utk 3hr pnya stock tempoh berkampung di hospital dlm perkiraanku..
Setibanya suami di rumah,aku sudah siap tetapi perutku lapar,time pn mmg dh tgahari, jd km anak beranak masih sempat menikmati hidangan beryani pd tghari itu..aku menjangkakan yg mungkin aku mmg akn bersalin pd hr ini jd mmg aku perlu mkn dahulu utk dptkan tenaga..
Oo ya,utk kelahiran kali ini,mmg aku telah berazam untuk melahirkan secara normal jika tiada sebarang masalah..jd,sememngnyalah tenaga menjadi isu utk nk meneran dh nk bersalin normal kaan..sgt penting utk bersalin normal pd kelahiran kali ini kerana jika tidak,kelahiran ketiga hamper pasti beranak wajib cara cezer, dn itu amatlah scary pd aku..sakit beranak cezer ni xreti nk cerita dia pnya tanggungannya selepas bersalin tu,tu yg rs tak sanggup dh nk cezer..mmg nk rasa plak bersalin normal ni mcamana..
Ok,setelah selesai semuanya,lbh kurang pkul 1pm, km bergerak ke KMC,Kuantan..ht msh rilex lagi kerana mmg tiada tnda2 kesakitan pn..boleh tgk pd gambar,sempat lg bergambar dlm perjalanan nk ke hospital tu..smpai d KMC, Dr. Sue mengambil sampel air yang keluar dan mengesahkan yang discharge itu adalah air mentuban..tetapi mentuban itu tidak pecah, cuma bocor..jd doctor menasihatkan utk masuk wad dan paksa beranak atau dlm ertikata lain,induced! Auuw! Scary time tu dgaq pkataan induced pasal org kata sakit giler...tp nk buat mcamna dh mmg nk bersalin normal,so hve to do it..
Unfortunately, wad semuanya dah penuh, jadi sementara nk menuggu ada bilik yg available,kami seperti biasa pergilah berjalan2 di MegaMall yg bersebelahan shj dgn KMC ni..aku teringin nk mkn ice blended yg mahal itu,huhu..tp belumpun sempat minuman dihabiskan,aku mnerima call dr hospital supaya masuk ke wad kerana doctor nk masukkan ubat sekarang! (induced).Bergegas kami blk ke hospital,msuk ke bilik double yg telah tersedia,bilik 213 kalau tak silap..dalam pukul 6ptg mcmtu,dtglah Dr.Sue dgn misinya utk menginduced!








