my Online shop is now OPEN!!! ;)


Alhamdulillah, akhirnya, kedai online kami yang telah sekian lama dirancangkan, telahpun dengan rasminya dibuka pada 1 April 2010 yang lalu.
Kedai ini diilhamkan memandangkan saya yang ingin berada di rumah untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam menjaga,mendidik dan membesarkan anak sulung kesayangan kami, Muhammad Umar Rayyan dengan air tangan saya sendiri. Impian kami, ummi dan abinya untuk menjadikan Umar (dan insyaALLAH anak-anak kami yang lain juga) sebagai 'manusia besar', pemimpin masa depan, yang dapat memanfaatkan agama bangsa dan negara membuatkan saya berfikir yang tugas sebesar ini tidaklah boleh dilakukan secara 'part-time' tetapi perlu kepada penumpuan dan keazaman yang tinggi, insyaALLAH. Dan alhamdulillah, Allah memberikan saya peluang untuk melakukan perkara yang saya yakin mana-mana ibu pun di dunia ini mahu melakukannya cuma soalnya berkesempatan atau tidak sahaja..
UR MUSLIM APPAREL SHOP adalah sebuah kedai online yang menjual pakaian-pakaian muslim khusus untuk beribadah dan juga kasual. buat permulaan di kedai kami dimuatkan telekung sembahyang bg wanita. dan yang masih dalam proses untuk dimuatkan pada masa yg terdekat ini adalah koleksi baju kemeja lelaki berfesyen atau dikenali sebagai baju Raihan. jadi,pada anda semua, jgn lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan dari kedai online saya ini ya. Happy shopping ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment