Haruskaah begitu? haaa..itulah tajuk perbincangan di rancangan Wanita Hari Ini, WHI siaran 13 Jun 2012...Menampilkan dua orang panel yg berkaliber,Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor dan seorang guru beranak lima,Cikgu Siti..
Banyak info yg dikongsikan..Antaranya...
1) Ibu bapa tidak patut merasa tertekan...baik atau buruk bergantung kepada persepsi kita melihat sesuatu perkara..
Ini kerana isu yg dibangkitkan,kadang-kadang,anak anak yg cerdik ini banyak bertanya dan juga perlakuan mereka ada yg sehingga dilihat oleh orang luar seperti 'kurang ajar'...jadi kalau melihat perkara ini dr perspektif perkembangan anak-anak, satu perkara yg baik..tetapi kalau dilihat dr perspektif adat dan budaya orang timur,terlihat seperti 'ibu bapa budak ni tak pandai ajar anak ker..'...so solutionnya - ibubapa yg kena bijak mengintegrasikan antara kedua-dua perkara ni agar perkembangan kognitif anak2 tidak terbantut dan dalam masa yang sama tatasusila budaya masyarakat timur tetap terpelihara...
2) Sebagai ibu bapa jgn beri jawapan tidak tahu kepada setiap pertanyaan anak..cuba jawab setiap persoalan mereka dgn sebaik mungkin..guna laras bahasa yg sama level dengan anak2 supaya mereka faham penerangan kita
3) Galakkan pembelajaran anak2 melalui pengalaman mereka sendiri..biar mereka figure out sesuatu perkara tu dgn mereka mengalaminya sendiri contohnya air yg panas, sejuk,bau yg busuk, wangi...bg diorang rasa sndiri,then diorang akn lebih faham..
4) kurangkan guna pendekatan org dahulu yg banyak melarang anak2 membuat sesuatu perkara dgn alasan bahaya,rumah semak dn sebagainya..anak2 sepatutnya diberi peluang utk mencuba segala mcm perkara sebagai cara pembelajaran mereka tetapi dengan pemantauan rapi dari ibu bapa..
5) Anak yg pintar ialah anak yg mempunyai keupayaan intelektual yg lebih daripada anak2 yg berusia sebaya mereka
6) Anak yg cerdik ialah anak2 yg mempunyai keupayaan menyerap maklumat dgn pantas,cepat belajar, kebolehan bahasa yg baik
7) Ibu bapa kena kenal pasti potensi diri anak2..jika anak itu anak pintar,menghantar dia masuk ke sekolah yg biasa2 akan menjadikan dia cepat jemu, tidak baguslah utk perkembangan dia...hntar ke skolah biasa boleh tapi ibu bapa perlu memberi lebih input apabila anak2 pintar berada di rumah.
8) Ibu bapa perlu one step ahead atau advance dlm konteks mnguasai ilmu keibubapaan dan ilmu perkembangan awal kanak-kanak
9) Proses pembelajaran anak didalam kumpulan rakan2 seusia adalah baik untuk perkembangan mereka.
10) Anak2 yg berumur 2tahun dan bersikap banyak tanya adalah perkara biasa kerana mmg naturenya mereka sedang belajar..jk anak anda pd usia ini masih tidak berbahasa dgn baik,perlu bawak perjumpa DR atau terapi pertuturan..jika sudah pandai bercakap tp tidak aktif bertanya,sbg ibu bapa perlu bijak memberikan rangsangan supaya anak suka bertanya..
11) anak2 yg pandai bertnya dan bersoal jawab adalah anak yg mempunyai pemikiran yg aktif - satu ciri yg positif dlm tumbesaran anak-anak..jgn sesekali turn down persoalan2 anak2 dgn memarahi,mengherdik dsb kerana ini boleh membantutkan proses perkembangan minda mereka..
Hmm..itulah antara intipati perbincangan td,mungkin yg disenaraikan di sini tdk lengkap tp inilah antara yg terakam di dalam kepalaku ini pd saat ini,hehe..power gak dak dpt ingat 11 points ni tanpa refer nota (yes i did a notes on this td tp masa tulih posting ni tak refer notes pun,tak rajin nak p amik buku nota yg i tulih td, so i recall jer mne yg terhengat! So,not bad la kaan my remembering skills ni,hehe ;) ) Rahsianya? well, i mmg minat dgn isu perkembangan awal kanak2 sementelah i mmg pun ada 2org hero yg meemang sdg dlm proses pembelajaran..so bila dh minat,kita akn fokus..thats what i did! :)
So hope mommy mommies out there can benefit something from my posting today ya..Semoga dapat di praktikkan dlm kehidupan kita mendidik anak2 tersayang..daa :)
Anak Cerdik, Ibu Bapa Tertekan??
Tuesday, June 12, 2012 |
Labels:
Cerita Terbaru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment