Detik Kelahiran MRW on Mei 2011~Part 1




Alhamdulillah,sepanjang kehamilan kedua ni aku mmg tidak mengalami apa apa masalah, sama seperti kehamilan ku yg pertama..Syukur pd Allah yg memberikan aku kemudahan ini...

Mengikut EDD, aku akan melahirkan pd 8/6/2011..namun pada hr Rabu, 25/5/2011, air ketubanku telah BOCOR..bocor ya,bkn pecah...masih jelas lg diingatanku pd hari kejadian,pd pg jam lbh kurang pukul 10.30pg,seperti biasa,aku sedang 'sibuk' di depan pc ini..tiba2 aku rasakan yg seluarku basah..lma kelamaan kerusi yg kududuki juga basah..aku menjadi hairan..adakah masa kelahiran telah tiba kerana tiada kesakitan yg aku rasakan..jd org pertama yg aku rujuk utk bertanya pd ketika itu adalah sahabat sejatiku, Nazriyah.. aku sms bertanyakan padanya tentang apa yg aku alami ni..pd mulanya aku amik sikap utk tdk mengendahkan..tetapi atas nasihat Naz, aku berubah fikiran utk menuruti nasihatnya agar ke hospital..di samping, aku juga mengingati pesanan Dr.Sue, pakar sakit puan yg merawat aku sepanjang kehamilan ini, bahawa jika ada apa apa shj discharge yg keluar diakhir tempoh kehamilan, segeralah ke hospital..aku pn menelefon suamiku memaklumkan kepadanya dan dia pun segera pulang.. perjalanan dr pejabatnya memakan ms hampir 1 jam juga jd aku sempatla menyiapkan apa yg patut..Umar pn bgn awal pd pg tu, mcm tau2 saja..jd aku sempat menyiapkan anak sulung ku itu..beg2 hospital mmg telah lm aku siapkan,utk 3hr pnya stock tempoh berkampung di hospital dlm perkiraanku..

Setibanya suami di rumah,aku sudah siap tetapi perutku lapar,time pn mmg dh tgahari, jd km anak beranak masih sempat menikmati hidangan beryani pd tghari itu..aku menjangkakan yg mungkin aku mmg akn bersalin pd hr ini jd mmg aku perlu mkn dahulu utk dptkan tenaga..

Oo ya,utk kelahiran kali ini,mmg aku telah berazam untuk melahirkan secara normal jika tiada sebarang masalah..jd,sememngnyalah tenaga menjadi isu utk nk meneran dh nk bersalin normal kaan..sgt penting utk bersalin normal pd kelahiran kali ini kerana jika tidak,kelahiran ketiga hamper pasti beranak wajib cara cezer, dn itu amatlah scary pd aku..sakit beranak cezer ni xreti nk cerita dia pnya tanggungannya selepas bersalin tu,tu yg rs tak sanggup dh nk cezer..mmg nk rasa plak bersalin normal ni mcamana..

Ok,setelah selesai semuanya,lbh kurang pkul 1pm, km bergerak ke KMC,Kuantan..ht msh rilex lagi kerana mmg tiada tnda2 kesakitan pn..boleh tgk pd gambar,sempat lg bergambar dlm perjalanan nk ke hospital tu..smpai d KMC, Dr. Sue mengambil sampel air yang keluar dan mengesahkan yang discharge itu adalah air mentuban..tetapi mentuban itu tidak pecah, cuma bocor..jd doctor menasihatkan utk masuk wad dan paksa beranak atau dlm ertikata lain,induced! Auuw! Scary time tu dgaq pkataan induced pasal org kata sakit giler...tp nk buat mcamna dh mmg nk bersalin normal,so hve to do it..

Unfortunately, wad semuanya dah penuh, jadi sementara nk menuggu ada bilik yg available,kami seperti biasa pergilah berjalan2 di MegaMall yg bersebelahan shj dgn KMC ni..aku teringin nk mkn ice blended yg mahal itu,huhu..tp belumpun sempat minuman dihabiskan,aku mnerima call dr hospital supaya masuk ke wad kerana doctor nk masukkan ubat sekarang! (induced).Bergegas kami blk ke hospital,msuk ke bilik double yg telah tersedia,bilik 213 kalau tak silap..dalam pukul 6ptg mcmtu,dtglah Dr.Sue dgn misinya utk menginduced!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

nazriyah said...

hahaha...aku kan PA hang kehkehkeh :)

NiaRania said...

yup, my Authorized PA!hihi.. TQ fren aka Sohibi fiddunya wal aaakhirah,insyaALLAH...! ;)

Post a Comment