Dan keputusanku adalah,terus mencuba-drip induce! Dgn sokongan,dan iringan doa suami,aku ditolak menaiki kerusi roda ke bilik bersalin pd pukul 12tghari...Suami tggu diluar bersama Umar..Telah kupesan pd abi utk menguruskan makan minum Umar utk tghari itu..oo ya,aku?tidaak,aku sudah tidak mkn..breakfast td pun hnya mkn yg ringaan,aduuhh..
Tp syukur Alhamdulillah,sikap ku yg vocal,suka brtanya dan seek info telah menyelamatkan aku drpd merasai kesakitan kontraksi yg maha hebat. Tdk semena2,mulutku meluahkan pd misi yg aku nak EPIDURAL! Waah,mcmla aku tau sgt seperti apa ya rasanya epidural itu,hihi..dgn segera misi yg menyiapkan aku pd ketika itu menelefon pakar bius utk melakukan proses EPIDURAL,ya,cucuk tulang belakang okkey! ;)
Alhamdulillah,everything goes smooth.Memang benar2 pakar laa,Dr Firdaus kalau tak silap namanya..kalo Dr yg bius aku masa bersalin Umar dulu mmg aku ingat sgt,Dr Ameeruddin (bius kerana kna cezer),huhu..
Masa Dr.melakukan proses bius tu, spt biasa mulut aku masih pot pet2 bertnya itu ini,dn antara persoalan yg mmg masih sgr diingatan yg aku tnyakan pd Dr ialah pertnyaan ini " Docter,sy nk tnya laa..knapa ya,jika epidural ini dpt mnghilangkan rasa sakit bersalin,kenapa tidak semua ibu2 memilih utk amik epidural?"haa,itulah bnyi soalanku itu,hihi..yeah,dn Docter pn menjawab.."hmm..knapa ya..kna tnya mereka la knapa mereka takmau" loor..tp Dr. Menyambung lagi.."satunya mungkin sebab kos..yg keduanya sbb mind set bahawa apa2 prosedur yg melibatkan tulang belakang ni merbahaya, dn yg ketiganya ada risiko epidural tidak berjaya!" Mak aii,jawapan yg akhir tu yg buat aku seram sejuk la jgk..tp Alhamdulillah,mcm aku kata,mmg yg attend to me is Dr.Pakar bius,so,mmg berjaya tnpa aku ada merasa sdikit pn kesakitan melalui proses epidural tu,Alhamdulillah yaALLAH...(lepas ni insyaALLAH,nk amik epidural lg,hihi)
Setelah selesai segala kelengkapan dgn segala mcm wayar di pasang ditangan ku hingga ke belakangku ini..Dr.Sue pn masuk,check jalan..waktu tu dlm pkul 1pm..dn Alhamdulillah,ubat drip tu bertindak cepat..bukaan telah mencapai 3cm..Dr Su mengkhabarkan berita itu dgn senyuman..bermakna induced mula menampakkan kejayaan...aku pula mengucapkan syukur dan terus menunggu sambil membaca maathurat..buku cerita yg tebal pn ada aku letakkan disisi,huhu..almaklumla,penantian 1 penyiksaan,hihi..aku kelaparan..air juga hnya boleh minum sdikit sdikit shj..itu pn sbb sblm itu badanku mnggeletar,jd dr.Sue sajeskan beri aku air suam,dn mmg berhasil..dan midwife yg bertugas pd ketika itu ialah Ms.Letchumi,adoilaa!nk wat lagumana kn dh darurat,relakan ajer lerr..
Hmm,dlm pkul 3pm mcmtu,Dr.Sue dtg lg check dan jalan sudah terbuka 7cm! Wow, sgt cepat! Alhamdulillah..aku cpt2 telefon hubby dan memaklumkan akn perkembangan terkini itu..dan tak lama kemudian,dlm pkul 3.30-3.45 mcmtu,Dr.Sue dtg,chck jalan dan memaklumkan yg aku sudah boleh bersedia untuk bersalin kerana bukaan telah mencapai 10cm! masyaALLAH,cepatnya.aku siap boleh tnya docter lg,sudah 10cm ker?huhu..bdebaq weih! Aku siap boleh mtk tggu lg dr doc,kate nk tepon husband jap..n aku telefon suamiku..tak lm,suamiku masuk dan berada di sisiku,tp tak boleh lama kerana Umar ditinggalkn bersendirian di dlam bilik wad..aku merelakan suamiku berlalu pergi demi keselamatan Umar..mka bertarunglah aku untuk melahirkan anak kedua kami ini...dengan bertemankan DR.Sue,midwife dan seorang lg misi..
.........................................................
Saat yg mencemaskan hadir jua..aku rasakan seperti aku tidak pandai nk meneran..aduuh..ya ALLAH...dlm pd itu ada 2 kebimbangan utama aku..pertama aku bimbang kalau anak lemas didalam kandungan dek kerana kesilapan teknikku meneran,dn yg kedua aku bimbang akan ditolak ke bilik bedah jika tidak berjaya meneran.. wana'uzubillah... ya,boleh aku kategorikan, ada 2fasa dlm proses bersalin ni..pd fasa pertama bila Dr. kata sudah boleh bersedia, means tu ms utk kita mula prektis meneran..ambik rentak...then masuk fasa kedua bila kontaksi maha tinggi (Dr yg akan maklumkan pasal epidural,mna nk rasa sakit apa),time tulah terus puuuush,puuush dn push!ya 3xpush, Alhamdulillah,dgn laungan ALLAHUAKBAR! (suamiku kata dengar launganku sampai keluar bilik,,huhu) Anak lelakiku dgn berat 2.8kg berjaya dikeluarkan pd jam 4.45pm,hr Jumaat, 27 Mei 2011! aku menangis kegembiraan!hanya Allah yg tau bagaimana rasa 'kemenangannya' kerana berjaya membawa satu lagi nyawa ke dunia.. (dalam pd aku dok push fasa pertama td,aku msh boleh mendengar dgn jelas suara Umar yg berada diluar bilik bersalin :p)
4 comments:
Tahniah... lama tul xupdate yer...:)
hihi..semangat tak mari2...ni baaaru tersa nk strt semulaa..thanks yer liza,awak komen ni,bg moral support ni :) more news to come,check it out ya! ;)
zah..welcome back! hihihi..syok aku baca entry ni cuma terkejut aku anak hang kluar 28 kg!!!!! hahahaha..;D
kahkahkah...typo error doo..ok ok,akn dibetulkn,tq tq fren! ;)
Post a Comment