Cakoi!


Hari ni genap Umar 2thn setengah,die demam...actually ni dh hr yg ketiga tp before ni on off on off ler..tp pg td demam agak tinggi 38.2..so,abi dgn penuh prihatinnya,amik le EL hr ni..sbb ummi penat jugak nk kena melayan dua orang yg merap..so really thank you my hubby on his concern :)
So,i pn as usual,kalo bila abi cuti jaa,mood nk masak tu lebey sket..so for bekfes pg td,aku wat cakoi,dn yg best tu utk kesekian kalinya aku rasa cubaan hr ni la yg paling berjaya..alhamdulillah terjumpa dgn resepi yg best ni..
So apa lagi,masa utk kongsi resepi la dook..
Check it out ya;
Ingredients
1 kg Tepung Gandum
1 cawan Gula
2 sudu besar Garam Halus
2 sudu teh ibu roti (mauripan/instant yeast)
2 sudu besar lemak sayur / marjerin (dicairkan)
2 sudu besar susu tepung @ (susu pekat Manis kurangkan gula 2 sudu besar)
1 sudu teh bread improver (untuk melembutkan doh)700 ml air
Directions
Sediakan satu bekas besar
Masukkan separuh dulu air ke dalam bekas
Masukkan gula, garam, susu, ibu roti, bread improver, kacau supaya sebati
Masukkan lemak sayur yang dicairkan di atas suhu panas
Kemudian masukkan tepung dan baki air tadi
Gaul sehingga sebati
Perapkan selama 1 jam / sehingga naik 2 kali ganda
Selepas naik bolehlah dicanai panjang di atas meja yang ditabur tepung
Potong memanjang selebar 2 jari, tekan di bahagian tengah doh dengan sebatang chopstick yang dicelup terlebih dahulu ke dalam air, kemudian angkat dan digoreng di dalam minyak yang panas, goreng sehingga kekuningan, angkat toskan minyak
Siap dihidang, cakoi sedap di makan begitu sahaja atau bersama gulai kari (ikan/ayam/daging), kopi O, kaya / jem, ice cream, kuah kacang atau kuah sate.
*Resepi Cakoi ini juga boleh dibuat Pau Goreng
Caranya:-Bancuh adunan tadi keras sedikit (kurangkan air)
Sediakan inti kacang merah atau kacang hijau atau apa sahaja inti kegemaran anda (boleh dibeli siap) di kedai menjual bahan-bahan kek
Ambil doh sebesar bola pingpong, isikan inti kemudian bulatkan,biarkan sebentar, tekan menjadi leper sebelum digoreng
Balikkan ketika digoreng sehingga kekuningan, angkat sedia dihidangkan / dijualResepi Cakoi & Pau Goreng ini pasti mendapat sambutan jika dijual panas-panas! Gerenti!* Satu kilo tepung boleh dapat 80 hingga 90 biji.
(Kredit to www.trymasak.my for the resepi n picture,tq :) my pic tak sempat tngkap dh abish.. )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Anis Radzi said...

wah mek..memang nampak sedap and gebusss...boleh try ni..=)

NiaRania said...

try nis jgn dok terai..hnya rosopi yg dh di cb buat dgn jayanya shj yg di post ke blog aku ni mek nis noo, so mmg approved laa dr segi rasanya tu (approved by my anak tokak la,kakaka) ;)

Post a Comment